Wednesday, 16 April 2014

MENVACUUM DAN MENGECAS SISTEM PENYAMAN UDARA

PENGENALAN

Mevacum atau menghampakan gas sistem penyaman udara           
Proses vacuum dilakukan adalah untuk memebersihkan sistem penyaman udara dengan mengosongkan sistem di bawah tekanan vacuum dan kebiasaan bacaan adalah diantara 0-30 hampa gas untuk memastikan sistem betul-betul bersih daripada udara, cecair dan sebarang kotoran yang mungkin terperangkap di dalam sistem dan ianya dilakukan apabila kerja-kerja service dilakukan seperti selepas membaikkan kerosakan pada sistem penyaman udara, kebocoran atau penggantian alat ataupun peralatan yang rosak.

Mengecas ( charging)
           
Proses mengecas merupakan proses memasukkan bahan pendingin dalam sistem penyaman udaradan ianya  boleh dilakukan samada melalui tekanan tinggi ataupun tekanan rendah. Pada kebiasaannya, sistem penyaman udara menggunakan bahagian tekanan rendah menggunakan saluran service. Tolok tekanan rendah perlu dipasang pada bahagian saluran sedutan dan tolok tekanan tinggi dipasangkan pada bahagian singkiran dan ini dilakukan bagi melihat tekanan pada kedua-dua saluran tekanan tersebut.


PERALATAN

1. Tolok Pancarongga Digunakan untuk membaca suhu tekanan tinggi dan suhu tekanan rendah. Digunakan jugauntuk mengeluarkan bahan pendingin



2. Vacumm PumpDigunakan untuk membersihkan sistem penyaman udara di bawah tekanan vacuum dan memastikan sistem benar-benar bersih daripada sebarang kotoran, udara dan cecair.
           





CARA MENVACUUM

1.    Sediakan peralatan seperti sistem penyaman udara, tolok pancarongga dan juga pump vacuum.
2.     Pasangkan bahagian tekanan rendah tolok pancarongga  pada saluran service. Buka pili pada bahagian tekanan rendah sehingga bacaan menunjukkan angka 0 untuk membunag semua gas bahan pendingin yang masih lagi terdapat dalam sistem penyaman udara.
3.     Untuk memeriksa samada bahan pendingin benar-benar kosong, tutup pili dan sekiranya bacaan pada bahagian tekanan rendah tidak melepasi ‘0’ bermakna  sudah tiada lagi gas bahan pendingin.
4.   Sekiranya bacaan menunjukkan ‘0’, tutup pili tekanan rendah.
5.    Pasangkan bahagian comman pada tolok pancarongga pada vacuum  pump. Hidupkan vacuum pump dan kemudiannya buka pili tekanan rendah sehingga habis untuk membersihkan kekotoran dalam sistem penyaman udara dan kerja ini dilakukan selama 15 minit.
6.   Selepas 5 minit kerja-kerja menvacuum dilakukan, tutup sedikit pili tekanan rendah bagi mengenalpasti samada terdapat kebocoran ataupun tidak dengan mengenalpasti kadar penurunan bacaan pada tekanan rendah. Selepas itu, kerja-kerja menvacuum diteruskan.
7.   Selepas 15 minit, tutup pili tekanan rendah terlebih dahulu bagi memastikan tiada minyak yang berada dalam vacuum pump akan disedut masuk ke dalam sistem dan kemudian matikan vacuum pump.
8.  Kerja-kerja menvacuum telah selesai dilakukan


 CARA MENGECAS

1.   Sediakan semua peralatan yang diperlukan untuk mengecas seperti tong gas yang berisi bahan pendingin R22.
2.   Sambungkan hos medium pada tong gas tersebut dan pulas picu tong gas tersebut untuk membukanya.
3.    Masukkan 10 psi terlebih dahulu bagi memastikan pemampat tidak rosak apabila ingin memasukkan gas yang lebih banyak.
4.   Masukkan sedikit demi sedkit gas tersebut sehingga bacaan menunjukkan 40 hingga 45 psi. jangan masuk terlalu banyak sebab sistem tersebut dalam keadaan vacuum.
5.  Hidupkan sistem unit penyaman udara tersebut dan buka sampai habis injap tekanan rendah.
6.  Lama kelamaan akan terbentuk fros pada bahagian tekanan rendah dan tunggu sehingga fros tersebut hilang dan ini bermakna gas bahan pendingin telah mencukupi dalam unit penyaman udara tersebut.

   Untuk gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana sesutu sistem penyaman udara itu berfungsi,bolehla merujuk di sini.





14 comments:

  1. Aku begitu suka dengan blog ini tahniahahahaha

    ReplyDelete
  2. Aslm aku nak tanya fungsi bagi charging ni mcm mn eh?

    ReplyDelete
  3. Tahniah...terbaik trma kasih.

    ReplyDelete
  4. Mcm mana self vacum takpa kuna vacum pump?

    ReplyDelete
  5. Nanomotive Dried Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice
    A polished titanium solid metal oxide (NPG) is used to dissolve the membrane inside Rice Rice black titanium ring Rice Rice titanium pen Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice titanium glasses frames Rice Rice titanium aura quartz Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice Rice

    ReplyDelete